"YOU WILL NEVER DO ANYTHING IN THIS WORLD WITHOUT HONOUR" - Aristotle
Kota Kinabalu - 20hb December 2008.
Hola & Salam Ceria buat anda semua. Di bumi negeri di bawah bayu ini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman-pengalaman yang boleh dijadikan panduan sepanjang saya memulakan karier sebagai Jurusolek semenjak tahun 2003.
Petikan kata-kata di atas saya dapati dari sebuah risalah yang di ambil ketika memesan kopi di San Francisco, Waterfront Kota Kinabalu kira-kira pukul 11.45pm hari ini.
KEBERANIAN -
hmmmm... sifat yang anda perlu ada untuk menjadi seorang Jurusolek yang berjaya. Kalau anda masih di takluki perasaan takut, sifat ragu-ragu yang tinggi, kebarangkalian untuk anda melakukan kesilapan ketika menyolek sangat tinggi.
Di awal pembabitan saya sebagai seorang Jurusolek, di sebabkan masih ditakluk dengan perasaan ragu-ragu, saya seringkali gugup bila ingin menyiapkan solekan pada pengantin. Lebih malang lagi bila menyolekan orang yang berpengetahun dalam bidang solekan. Pasti kecenderungan membuat kesilapan adalah 50%.
Saya pernah tersalah warna ketika melukiskan kening pada muka pengantin. disebabkan gugup, lukisan kening yang sepatutnya bewarna coklat telah tertukar dengan warna biru... hu hu hu... memang haru!
PENGETAHUAN -
kenapa ianya penting? Banyak Jurusolek yang saya temui terlalu mementingkan GLAMOUR semata-mata dan mengabaikan pekara yang sepatutnya. Seorang jurusolek perlu mempersiapkan dirinya dengan ilmu-ilmu kecantikan agar setiap tindakan (ketika aktiviti solekan) yang akan di ambil bertepatan dan tidak menimbulkan sebarang keadaan atau kejadian yang tidak di ingini.
- Kisah ini terjadi pada seorang teman saya, ketika kakak beliau melangsungkan perkahwinan, Jurusoleknya tertinggal gam bulu mata palsu. Mengambil jalan alternative, Jurusolek tadi menggunakan gam UHU untuk menampal bulu mata palsu agar persiapan pengantinnya lengkap.
Meskipun penampilan pengantin tadi nampak cantik dan lengkap, beliau menghadapi ketidak selesaan pada matanya. Keadaan bertambah buruk bila bulu mata palsu tidak dapat ditanggalkan selepas habis majlis.
Amat menyedihkan mendengarkan berita dari teman saya bahawa kakak beliau di masukkan ke hospital pada malam majlis perkahwinanya berakhir kerana bulu matu palsu yang ditanggalkan telah menyebabkan kelopak mata diatas bulu mata terkoyak dan perlu dijahit.
Pengetahuan dalam bidang solekan bukan sahaja sekadar teknik solekan, ianya merangkumi pengetahuan terhadap PRODUK MAKE-UP, PERALATAN MAKE-UP, JENIS-JENIS MAKE-UP, APLIKASI MAKE-UP dan juga pengetahuan yang paling utama dalam diri seorang Jurusolek adalah PENGETAHUAN ISU SEMASA!
Walau se-glamour mana penampilan Jurusolek itu tanpa pengetahuan atapun ilmu, dia cuma akan kelihatan gah pada masa yang singkat tetapi tidak meninggalkan sebarang kesan yang memberikan ingatan berpanjangan kepada orang lain terhadap dirinya.
PERHATIAN -
Di dalam setiap KURSUS JURUSOLEK PROFESSIONAL M.A.C & KRYOLAN anjuran syarikat comel saya, ada para peserta yang sedikit advance.. (mereka ini saya beri kredit kerana sangat efisyen), belum habis step yang Pertama, mereka ini telah melangkaui step ke Dua.
Akan tetapi tanpa perhatian yang sepatutnya anda berikan, kebarangkalian melakukan Kesilapan amat tinggi. Di sebabkan itu saya mungkin akan menjadi "Mak Tiri" buat seketika sewaktu mengajar. Ini kerana saya tidak mahu peserta-peserta tidak mendapat maklumat yang betul.
Perhatian juga perlu ketika anda berurusan dengan bakal pelanggan anda. Tumpukan perhatian pada permintaan mereka lebih-lebih lagi jenis @ gaya aplikasi make-up yang mereka inginkan. Jangan nanti apa yang pengantin anda mahukan - aplikasi SMOKEY EYES untuk bersanding tetapi di sebabkan ketidak prihatinan anda terhadap permintaannya, anda telah mengaplikasikan teknik Smokey Eyes yang heavy (selalunya teknik ini hanya sesuai untuk Printing Photography). Sudahnya pengantin anda kelihatan seperti mata Burung Hantu di siang hari - di bawah pancaran matahari...
Jam dah pun menunjukkan pukul 01:08 am. Banyak lagi info yang ingin saya kongsikan bersama anda, akan tetapi mata saya telah dihimpit oleh kepenatan yang teramat. Saya harus merehatkan diri sekarang, esok masih ada lagi satu hari kursus untuk di jalankan. Alhamdullillah, sambutan dari warga Kota Kinabalu is beyond my expectation.
Love - Mel Hatta
No comments:
Post a Comment