Thursday, 1 August 2013

CERPEN - ADA APA DENGAN CINTA? (Bahagian 01)

Sebelum Korang Baca Cerpen ni - Kena ambil nafas & feeling dulu tau.






"Cinta, jika hadirmu hanya untuk menambah luka, pergilah..... kerna di saat ini, aku tidak gagah lagi untuk memeluk mu dalam dakapan jiwa ku yang semakin dirundung pilu."










           Qistina memandang cermin dihadapannya sambil membetulkan Ikal rambutnya yang siap didandan oleh Miss Lim. "Cantik" getus hatinya. Lalu dia beralih pula melihat kuku jari tangan & kuku jari kaki yang siap di rapikan dengan pewarna bewarna biru muda.

Dia memandang ke arah cermin sekali lagi, melihat dirinya dan cuba menilai kembali harga dirinya sebagai seorang isteri pada lelaki yang diharapkan akan mencintainya sehingga nafas terhenti.

"Apakah kecantikan ini dapat memberi kembali Cinta dia yang telah hilang?" Qistina bertanya dalam diri. Manik-manik kecil mengalir dari kelopak matanya. "Mama, kenapa mama nangis lagi?" si puteri Sofea menggoncangkan tangan Qistina meminta pengertian. 

Cepat-cepat dia menyeka airmatanya agar tidak terlihat pelanggan lain di dalam Saloon Miss Lim. Tangkas dikeluarkan beberapa nota ringgit bewarna merah membayar perkhidmatan Miss Lim.

"Selamat Hari Raya ya Qis" Ucap Miss Lim ketika Qistina membayar di kaunter. "You mau raya lagi dua hari, jangan sedih-sedih. I sudah kasi rambut you layer & spiral boleh tahan satu minggu tau" ucap Miss Lim lagi. 

Qistina tersenyum, lalu berkata "I bukan nangis sedih la Miss Lim. I rasa surprise you buat rambut I banyak cantik. I rasa macam Miss World. Itu sebab I rasa terharu."

Dalam perjalanan pulang, Qistina melayani perasaan pilunya ketika memandu dan sesekali menjeling pada Sofea yang leka membaca buku-buku bergambar. Dia masih terkilan memikirkan peristiwa malam semalam. Dia tertekan dengan sikap Suaminya yang semakin hari semakin berubah menjadi biadap & tidak berperikemanusiaan.

Pang! satu tamparan yang kuat singgah ke pipi Qistina. Salahkah dia kerana hanya memberitahu suaminya yang dia kini berbadan dua. Malik memang kejam. Sudahlah dia menduakan Qistina dengan bersekedudukan dengan seorang wanita yang bekerja di kelab malam, malah tergamak dia memukul isterinya sendiri meskipun berlaku perkara-perkara kecil yang tidak masuk akal.

"Eh Qis, aku tak nak anak dalam perut kau tu. Ni kau ambil duit empat ratus ni kau pergi gugurkan. Aku tak nak kau gemuk. Aku nak isteri aku sentiasa sexy dan bukan nampak macam tong drum!" Bengis Malik sambil mencampakkan duit ke muka Qistina. 

"Ntah-ntah budak yang kau mengandungkan tu bukan anak aku" bentak Malik lagi. Qistina terpempan. "Abang, ni anak abang, saya tak pernah curang dengan abang. Ya Allah, kenapa abang sampai hati buat saya macam ni?" Raung Qistina di tengah malam sunyi.

"Abang, Qis cinta pada abang & zuriat-zuriat kita. Qis jaga kehormatan diri Qis kerana rasa cinta yang mendalam pada abang. Qis nak jadi isteri yang solehah pada abang. Qis teringin nak abang jadi imam dalam solat. Qis...." dalam sedu-sedan Qistina meluahkan isi hatinya namun Malik segera menjerit "Hei Qis, aku dah takde rasa cinta dengan kau tau. Kalau kau nak cinta kau sangat, kau boleh ambil dalam jamban rumah mak aku".

Ditengah malam itu juga Malik keluar dari rumah dan seperti biasa dia akan bermalam di rumah Sindora - kekasih gelapnya yang bekerja di Mawar Biru Executive Karaoke Club.

Qistina mengimbas kembali 05 tahun dulu ketika dia berkenalan dengan Malik. Ketika itu Malik cuba memiliki Honda EX5. Dengan gaji hanya RM850 sebulan, Qistina rasa bahagia berada disisi Malik. Dengan umur yang masih muda, Qistina & Malik mendirikan rumah tangga dengan harapan Cinta & atas dasar suka-sama suka itu akan lahir cahayamata untuk mengukuhkan lagi ikatan suami-isteri antara mereka.


 


Perjalanan hidup berubah, Alhamdulillah Malik kini bergaji 04 angka dan kehidupan mereka semakin senang. Akan tetapi, itu tidak menjanjikan kebahagian dalam hidup Qistina.

Ramadhan terakhir itu Qistina sedang mengemas-ngemas baju mereka sekeluarga untuk pulang ke kampung suaminya di Batu Pahat, Johor. Tetapi perasaannya kali itu tidak segembira sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Qistina melirik ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 03 petang. Sepatutnya mereka sekeluarga telahpun berada dalam perjalanan menuju ke kampung halaman suaminya. Malik masih belum pulang dari bermalam di rumah Sindora.

- Korang mesti rasa Qistina ni bodoh + dungukan sebab tunggu Suaminya Yang macam @*(#^!)$^) -


Petang itu Sofea merengek-rengek bertanyakan ayahnya. Sambil dia membetulkan rambut anaknya, Qistina mendial nombor Handphone suaminya yang entah keberapa kali semenjak pagi.

Dari jauh dia terdengar ngauman enjin kereta Malik yang bebunyi seperti motorboat. Alhamdulillah pulang juga Malik kerumah mereka akhirnya.

Muka Malik merah padam ketika keluar dari pintu kereta. Daun pintu rumah dihempas. Sofea ketakutan memeluk Qistina.

Malik menjerit-jerit memanggil nama Qistina. Tetapi kalini berselang seli dengan ayat-ayat yang kurang ajar.

"Qis. Hei Qis, perempuan jalang!. Eh ko dengar tak aku panggil kau sundal" laung Malik di sofa.

Qistina terus mendapatkan Malik tetapi dia ketakutan untuk menentang muka Malik yang bengis ketika itu.

"Kau bawakkan aku air. Apa makanan yang ada kat rumah ni?" Malik mengarah. Qistina terkejut dengan reaksi Malik. Inikan Ramadhan terakhir, kenapa Malik tidak menunaikan Ibadah Puasa.

"Abang, makanan takde. Kan kita nak balik Batu Pahat hari ni." selepas sahaja Qistina berkata begitu, Malik seperti menyinga dan terus merentap rambut Qistina dan menghentakkan kepalanya ke dinding.

"Aku nak puasa ke, taknak puasa ke itu hak aku la sundal!".

"Abang, Qis sakit abang, Qis kan mengandungkan anak abang ni" Mohon Qistina meminta belas simpati Malik.

"Eh! Aku kan dah kata aku taknak anak dalam kandungan kau tu. Apa bodoh sangat kau ni. Kalau kau tak nak dengar cakap aku, banyak lagi betina boleh dengar cakap aku tau" Malik meleraikan genggaman tangannya dari rambut Qistina.

Tak terduga oleh Qistina, Malik tiba-tiba hilang pertimbangan dengan menyepak muka Qistina berkali-kali. Malik makin menggila, dia menendang-nendang pula perut Qistina.


- Korang dapat bayangkan tak, macam mana seksanya Qistina waktu tu? -


Setelah dilihat Qistina tidak bermaya, Malik terus ke dapur melahap makanan. Qistina terkedu, dia memegang perutnya yang dalam kesakitan. Dalam hati dia berdoa agar kandungannya kuat dan terus bertahan. Sofea berlari mendapatkan Qistina dan memeluk erat mamanya sambil menangis bersama.

Tepat jam 06 petang, Malik mengarahkan Qistina mengemaskan semua barang-barang ke dalam kereta. Berhati Binatang betul Malik. Sudahlah dia melempiaskan amarahnya dengan memukul Qistina, malah dia membiarkan Qistina yang sedang kesakitan membuat kerja secara berseorangan.

Sepanjang perjalanan ke kampung, Qistina hanya diam dan sesekali melayan Sofea menyanyi nasyid kegemarannya - Alif, Ba, Ta di laptop. Seperti tiada rasa bersalah, Malik berbual-bual dengan Sindora di talian handphone menggunakan "loud speaker".



Remuk benar hati Qistina kerana sepanjang perbualan Malik & Sindora sangat mesra sambil bercerita betapa hangatnya kisah mereka di ranjang dan betapa mereka merindui antara satu sama lain sepanjang cuti berhari raya selama beberapa hari ini.

Sepanjang pulang berhari raya di kampung Qistina menjalankan rutin sebagai Isteri kepada Malik. Meskipun ditanya oleh saudara-mara di kampung kenapa dengan mukanya yang membengkak, Qistina cuma menyatakan dia pitam dan mukanya tersembam ke lantai.

Seperti biasa Malik memang hebat dengan lakonannya. Dia melayani Qistina seperti seorang isteri yang dikasihi. Sebagai seorang ayah, Malik memang amat menyayangi Sofea sepenuh hati. 

Pagi hari raya kelima itu, Qistina memandang cermin sambil menyikat rambutnya yang ikal. Dalam hatinya dia meronta-ronta untuk menutup auratnya. Namun pada pandangan Malik, menutup aurat adalah fesyen yang ketinggalan zaman dan tak layak seorang wanita menutup aurat berdiri di sebelahnya. 

Pagi itu mereka sekeluarga akan pulang ke Kuala Lumpur

Qistina bertanya pada diri "segala kecantikan yang telah aku pamerkan ini sebenarnya adalah dosa untuk suami ku. Apakah aku puas dengan memperaga auratku untuk pandangan bukan muhrim?". "Mungkin segala bagai dan dugaan yang melanda adalah kerana aku kufur pada jalan Allah" getus hati Qistina lagi.

Pada perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Qistina memberanikan diri memberitahu hajatnya kepada Malik. "Abang, Qis nak minta maaf sebab Qis banyak bagi dosa pada abang".

Dengan muka bongkak Malik berkata "Aku ingat kau tak tau. Baguslah kalau kau tau kau banyak dosa dengan aku. Sebab kau suka jadi perempuan bodoh dan bagi aku sakit hati dengan kau".

"Maksud Qis, Qis nak tutup aurat abang. Qis tak nak abang berdosa. Qis nak jadi ibu yang solehah buat zuriat kita" ujar Qis tenang.

Malik tersentak, air muka nya berubah bengis. "Yang engkau tiba-tiba nak jadi baik sangat ni kenapa?. Kan aku dah kata, aku nak isteri aku nampak seksi supaya bila orang lain tengok, barulah aku ada harga diri. Kalau kau nak berbungkus macam nangka, aku pun tak selera nak dengan kau!"


- Kalau korang ada kat tempat Qistina, waktu Malik cakap macam tu, korang nangis ker ATAU korang lempang muka Malik laju-laju? - 


*** Nanti kita sambung Bahagian ke 02 ek... idea kena peram dulu

No comments:

Post a Comment