Showing posts with label Makeup. Show all posts
Showing posts with label Makeup. Show all posts

Wednesday, 24 September 2014

MAJLIS PERKAHWINAN - 13.09.2014

Sebagai Wedding Planner, berikut adalah hasil kerja saya untuk Majlis Perkahwinan Pasangan :

Siti Nur Izura & Ammar Fahmi
13.09.2014
Denai Alam, Shah Alam


Puan Yusmilawati (Ibu Pengantin Perempuan) telah mengambil Pakej Perkahwinan RM16,000 
dengan Riang Ria Services.

K.L.I.K  disini
http://melatihatta.blogspot.com/p/pakej-perkahwinan.html








Tuesday, 17 June 2014

MAKEUP PENGANTIN - FATEN & SYAFIQ

Pasangan Pengantin - Faten & Syafiq

Lokasi Majlis - Batang Kali, Selangor Darul Ehsan
Tarikh Nikah - 31 Mei 2014
Majlis Bersanding - 01 Jun 2014




G.I.L.A G.L.A.M.O.U.R

G.I.L.A G.L.A.M.O.U.R!

ARTIKEL KHAS UNTUK SEMUA BERGELAR M.U.A (Makeup Artist).

Dunia makeup ini tidak sah jika tidak dikaitkan dengan "GLAMOUR". Jika Artis diikuti kisah hidup mereka seharian, begitu juga terjadi kepada Makeup Artist a.k.a MUA.

GLAMOUR itu sangat perlu untuk menaikkan nama seseorang MUA agar menjadi pilihan ramai pelanggan makeup. Disebabkan Glamour itu juga, terdapat MUA-MUA yang menjadi CELEBRITY MUA seperti NURUL SHUKOR, AYANGKAMELL, SAIDATULNISA, EPIE TEMERLOH, dan beberapa nama lagi.

Sewaktu saya mula-mula menceburkan diri dalam bidang tatarias ini - saya pernah di kritik hebat kerana "claimed" diri saya sebagai Makeup Artist (Kerana pemahaman saya bahawa semua yang bergiat dalam industri seni adalah "Artist"). Teringat ketika itu seorang MUA SENIOR telah mengkritik saya bahawa HANYA MUA yang dah menatarias "Artis - iaitu Penyanyi, Pelakon" sahaja yang boleh "claimed" diri mereka MAKEUP ARTIST! - Sedih Akak ketika di pandang rendah sehingga terasa diri dibawah lapisan "red carpet" yang dipijak oleh RETIS-RETIS SENDU.

Bertitik tolak dari peristiwa Syahdu itu, akak dengan gigih pergila ke Pejabat UTUSAN MALAYSIA di Jalan Chan Sow Lin menjual "portfolio" akak demi kerana nak makeupkan Artis. Next stop akak ke KARANGKRAF di Shah Alam ketika itu berjumpa dengan wartawan MEDIA HIBURAN. TAHUN KERAMAT ITU ADALAH PADA 2003.

Alhamdulillah, meskipun belum hebat lagi, akak dah pun dapat job makeup dari MEDIA HIBURAN untuk Penyanyi Baru - Suaranya macam Shima. Penyanyi tersebut berasal dari Perak, tapi entah kenapa selepas satu album, dia pun hilang. Khabarnya dia disambar orang "ado-ado". Sebab tu dia dah tak boleh nyanyi lagi.

Tidak berhenti disitu, akak gigih lagi mengusung "portfolio" sana sini. Artis Hebat yang betul-betul akak pernah makeup adalah HANIS ZALIKA pada tahun 2009 (Masa tu dia belum FOFULAR seperti hari ini). Kemudian diikuti dengan UJI RASHID, NOORKHIRIAH, DEJA MOSS, even KARAM SINGH WALIA pun akak sempat makeupkan tau untuki Program MENJELANG AIDILFITRI 2009.

Disebabkan MEMBURU GLAMOUR-lah akak dapat buat "portfolio" yang canthek-menarik-akak memey debomb! - sebab "portfolio" akak penuh dengan makeup artis Malaysia.

Tetapi akak sangatla "FUSSY" kerana sangat memilih ARTIS YANG BAKAL DIMAKEUPKAN. Bukan kerana akak berlagak D.I.V.A - sesiapa yg selalu buat makeup utk Majalah, Program TV pasti tahu bahawa MUA bekerja dengan ihsan SPONSORSHIP. Jadi kita perlulah ada "win-win" situation. BERMAKNA - Kita makeupkan utk sesuatu sesi Fotografi atau Program TV adalah berdasarkan "Sponsorship - bermakna FREE". Jadi jika Artis yang dimakeupkan itu TERKENAL, For sure-lah "Portfolio" MUA Tersebut akan mantap.
Yang menyedihkan saya sekarang, ramai MUA Newbies terdesak nak GLAMOUR Cepat. Bukan tak boleh "sponsor" makeup tetapi hendaklah hasilnya akan menyenangkan kamu di kemudian hari.

Bila kita buat "sponsorship" ni, contohnya program TV - kita akan berada di set studio dari pagi sampai malam. Kita dedikasi kan diri kita utk sesuatu program sehingga tamat & berjaya. Alhamdulillah kebajikan kita terjaga seperti makan dan minum. TETAPI - KITA JUGA HARUS FIKIRKAN KOS-KOS TAMBAHAN SEPERTI DUIT MINYAK KERETA, DUIT TAMBANG LRT ATAU TEKSI, M.A.S.A YANG KITA TINGGALKAN IAITU MASA BERSAMA SUAMI & ANAK-ANAK.

Jangan kerana kita memburu GLAMOUR untuk menjadi HEBAT, Kita lupa tanggungjawab kita sebenarnya. Tak Salah Nak Jadi MAKEUP ARTIST YANG GLAMOUR, tapi berpada-padalah. MELAINKAN KALAU KITA "SINGLE".

Sekian dulu untuk kali ini, akak nak MEMBURU RINDU pada En Suami 
Love - Melati Hatta

DAH BELAJAR MAKEUP... LEPAS TU TAK TAU NAK BUAT APA?

Hah! Ko nak belajar M.A.K.E.U.P? - Takde masa depan langsung. Cuba la ko belajar Lawyer ke, belajar jadi Ahli Sains ke, jadi ARTIS ke... (kalau jadi artis sendu... lagi haru!)

KORANG YANG BELAJAR MAKEUP? KEMANA HALA TUJU KORANG SEBENARNYA?
Ramai diantara mereka yang menceburkan diri sebenarnya tak tahu bahawa bidang "makeup" ini mempunyai potensi besar. Kalau masuk kursus makeup, saya selalu tanya soalan, "kenapa awak masuk kursus makeup?", rata-rata jawapan peserta adalah "nak cari duit sampingan untuk MAKEUP PENGANTIN.

Mulai sekarang, saya nak semua peserta-peserta kursus makeup saya Khasnya dan MUA Newbie amnya untuk berfikir diluar kotak (ada insiden lucu.. peserta saya tanya, " cikgu, nak fikir luar kotak tu kena letak kotak sebelah kita eh?" - PITAM kejap cikgu dengar soalan tu.

Bila belajar makeup, JANGAN FOKUS NAK MEKAP PENGANTIN SEMATA - dunia makeup dan tatarias ni sebenarnya luas sangatttttttt......

Ambil contoh seorang bekas pelajar saya yg telah berjaya sekarang. NAMANYA AYUNI MALIZA - Tinggal di Sg Buloh Selangor.

Pendapatan LIZA setiap hujung minggu sekarang ini RM1,500 ke RM2,000. HEBAT!

Nak tahu rahsia Liza ? Dia cuma FOKUS PADA - EMAK, MAKCIK, PENGAPIT & SEDARA MARA PENGANTIN SAHAJA - dia cuma charge makeup pada harga RM80 sahaja menggunakan produk Sari Ayu. TAPI DIA BIJAK - untuk satu sesi makeup, dia akan ambil minimum 04 org. Kalau tak cukup 04 orang, Harga makeup akan jatuh RM150 setiap sorang.

BIJAKNYA LIZA NI - Dia mengamalkan Add-On macam AIRASIA. Harga Makeup RM80 cuma makeup lawa dan biasa sahaja. Untuk penambahan moisturiser (Sephora atau MAC) ada tambahan RM10. ADA LAGI - Nak pakai bulu mata palsu jenis Taiwan harganya RM5 sepasang, kalau bulu mata Human Hair tambahan RM10.

Liza tak tamak, dia upah kawannya utk tolong pakaikan bulu mata, pakaikan blusher & lipstick pada customer. Harga Upah utk kawannya sebanyak RM150 setiap sesi.

Bidang Makeup ini pun boleh kita buat untuk "Birthday Party". Saya cadangkan RM250 utk 02 jam sebagai caj perkhidmatan pada MUA Newbie. Tapi sebelum tu pastikan anda ada Profile Bergambar agar senang pihak "customer" rujuk hasil kreativiti anda.

Salam penuh kasih sayang,
Melati Hatta
Ilham warna dari jiwa, dicipta untuk deligasi cinta ke singgahsana.

** Gambar adalah anak jiran saya yang menyerah diri utk dijadikan BATMAN.
** Aunty Mel L.O.V.E Imran... (dia mmg favourite saya)

Monday, 19 May 2014

PHOTOSHOOT PRE-WEDDING NURHANI YAACOB (04 Mei 2014)

PHOTOSHOOT PRE-WEDDING UNTUK PASANGAN :

NURHANI & ARIFF

Photographer - 
AZLAN YAACOB (Abang Pengantin) 
013-370 4411




Wednesday, 7 May 2014

IDENTITI SEBAGAI M.U.A

Hasil Makeup Saya untuk Majlis Bertunang pada tahun 2008


IDENTITI - Harini saya nak kongsi dengan MUA-MUA (Makeup Artist) yang menjadi FB Friend saya.

Kebelakangan ini, ramai MUA berada di pasaran makeup macam cendawan tumbuh. Alhamdulillah, sebab kerjaya sebagai seorang MUA semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Jika di zaman nenek kita dahulu, kerjaya seorang MUA a.k.a MAK ANDAM akan dipandang serong dalam masyarakat ketika itu.

Ramai MUA tidak mempunyai IDENTITI TERSENDIRI. Bila kita memulakan tatarias, kita cenderung untuk menjadi seperti MUA-MUA TERHEBAT. Banyak yang tersasar bila mula menata rias muka pelanggan mereka. Ada yang mempunyai LEVEL OF CONFIDENT yang sangat tinggi untuk menjadikan muka pelanggan seperti Nora Danish dan kesudahannya terover seperti makeup QUEEN AMIDALA Starwars.

PERCAYALAH - Bila kita mula ada Identiti Sendiri, kita akan mempunyai ramai Pelanggan yang memerlukan khidmat makeup. Keajaiban "word of mouth" & "recommendation" dari para pelanggan terdahulu sebenarnya lebih hebat dari FB Ads.

KOMUNIKASI juga merupakan pakej dalam Identiti. Ramai yang saya perhatikan mempunyai kekurangan dalam berkomunikasi dengan Pelanggan. Yang amat menyedihkan bila Komunikasi kita lebih kepada "memburuk-burukkan" pesaing ataupun orang lain.

ILMU - banyak orang kata nak jadi MUA tak perlu ILMU. H.E.L.L.O...... nak kerja kat M.A.C, SHU EUMURA, SEPHORA pun kena ada Ilmu Makeup tau. "Ko hengat kerja conteng muka orang tu kena pergi tadika ke?" - bak kata Kak Ton. *** Saya ambil contoh AYANGKAMELL, beliau mempunyai Degree dari ITM yang bukan dari Jurusan Makeup. Sesiapa yang pernah mengikuti kursus solekan bersama Beliau, pasti boleh bezakan cara penyampaian dan komunikasi beliau sangat efisyen. Itu semua adalah kerana ILMU. *** Ada juga Cikgu Makeup yang mengajar makeup dengan cara meng"kondem" orang lain. Walhal, Ilmu Makeup Cikgu-Cikgi ni baru setahun jagung.

Ada beberapa Makeup Artis yang Humble dan saya suka mengikuti perkembangan kerjaya mereka, antara contoh adalah ZILA ZIMAN & KELRINA HOFF. Mereka mempunyai ramai pelanggan yang ditatarias dengan IDENTITI Mereka sendiri. *** Ada juga orang yg kata, makeup simple jer.. - TAPI korang jangan memain eh... setakat korang nak bayar servis makeup mereka dengan harga RM350 MEMANG TAK DAPEK!

Ilmu makeup ini bukan sekadar mainan warna, ianya juga merangkumi Penggunaan Alat-Alat Makeup & kesesuaian pelanggan terhadap alat-alat makeup tersebut. Contohnya - Jika Pelanggan mempunyai muka yang berminyak - JANGAN GUNAKAN STROBE CREAM sebab korang akan mengundang "KILAUAN EMAS" di muka pelanggan tersebut. ATAU - Jika Hidung Pelanggan sudah sedia mancung, JANGAN GHAIRAH meletakkan warna SHADING dengan pekat dan berkesudahan menjadi Highway Divider.

Sekian dulu untuk kali ini,
L.O.V.E - Kak Mel

Wednesday, 19 March 2014

HASIL MAKEUP DI MAJALAH RATU SEHARI EDISI 19


Alhamdulillah - Hasil Makeup Saya telah dimuatkan di dalam MAJALAH RATU SEHARI EDISI KE - 19.



Sunday, 16 February 2014

MAJLIS PERSANDINGAN EN RAFIQ & PN SURIYA PADA 16 FEB 2014

Aloha Viewer Semua,

Sure ramai diantara anda semua telah menghadiri beberapa undangan Majlis Perkahwinan pada Tarikh 16 Feb 2014. Memandangkan TARIKH HOT - 14 Feb 2014, ramai juga pasangan yang telah memilih tarikh ini untuk melangsungkan Majlis Pernikahan.

Buat masa ini, saya cuma bisa meng-upload gambar pelamin sementara menanti beberapa lagi gambar untuk di upload dalam blog ini.

Pada yang sedang mencari pakej-pakej perkahwinan, sila k.l.i.k tab "PAKEJ PERKAHWINAN" di atas untuk melihat senarai tawaran PAKEJ PERKAHWINAN - RM15,000 (Katering utk 1,000 tetamu, pelamin dewan, photobooth, candy & dessert bar utk 800 tetamu).

GAMBAR ADALAH PELAMIN STANDARD YANG TELAH DIBUAT UNTUK MAJLIS PERSANDINGAN PADA 16 FEB 2014.

Pasangan Pengantin :: -  En Rafiq & Puan Suriya
Tarikh Majlis            :: - 16 Feb 2014
Lokasi Majlis            :: - Dewan Beringin, Sri Gombak, Selangor Darul Ehsan.



Tuesday, 30 July 2013

DINAIR AIRBRUSH - AIRBRUSH MAKEUP & AIRBRUSH MAKEUP :)

Airbrush! 

Yea, Aplikasi makeup airbrush masih baru lagi di Malaysia. Jadi tak ramai bakal-bakal pengantin di luar sana tahu mengenai AIRBRUSH MAKEUP ini.


APA YANG BESTNYA AIRBRUSH MAKEUP?

1) Paling penting, ianya adalah BEBAS BAKTERIA. 

- selalu kalau makeup, kita akan gunakan aplikasi SPONGE &  BERUS. Kalau Jurumakeup tak basuh Sponge & Berus dengan betul, maka akan membiaklah bakteria-bakteria didalam Sponge & didalam bulu berus.


2) Produk Airbrush Berasaskan AIR.

- jenis makeup "especially" foundation berasaskan Air tidak menutup pori-pori muka sebagaimana foundation jenis Cream mahupun Jenis Cecair. Jadi Pori-pori muka masih boleh menghirup udara segar daripada tersumbat & menjadikannya memproses "Miss Jerawat".


3) MAKEUP SECARA JIMAT CERMAT!

- betul, sebab untuk menggunakan Eyeshadow dimata Puan Noor Jihan (dalam gambar), saya cuba pakai 02 titik eyeshadow sahaja (01 titik warna biru + 01 titik warna silver) 






4) GABUNGAN MAKEUP TERBAIK 

- hah! apatu? maksudnya, bila menggunakan Airbrush, Jurumakeup masih boleh menggabungkan dengan teknik makeup normal (seperti pakai foundation cream sebab nak buat SHADING untuk ruas muka lebar).

- Untuk mata, menggunakan Eyeshadow Airbrush (dlm masa 01 minit je), tapi yang lain-lain aplikasi ni kita cream foundation, loose powder, blusher dan sebagainya.

- Berikut adalah Gambar Miss Dayang Rasyidah yang telah saya makeupkan MENGAMBIL MASA 25 minit sahaja dengan gabungan AIRBRUSH & Pemakaian Makeup PAC Martha Tilaar.




JURUMAKEUP YANG INGIN MEMPELAJARI AIRBRUSH SECARA PROFESSIONAL, REBUTLAH TAWARAN KURSUS SEPERTI BERIKUT :



SIJIL KURSUS DIANUGERAHKAN OLEH MAJALAH PESONA PENGANTIN (KARANGKRAF)

Jenis Kursus - PROFESSIONAL AIRBRUSH BRIDAL MAKEUP

Tarikh Kursus - 01,02,03,04 September 2013

Yuran Kursus - RM2,650 nett (termasuk peralatan AIRBRUSH)