Bila Aidilfitri menjelma banyak betul juadah yang akan menyebabkan tong perut kita akan sendat sepanjang mengunjungi rumah sanak saudara.
Korang mesti biasakan dengan "isu-isu" sentap tuan rumah bila kita dah sampai rumah dia, tapi kita tak makan ketupat, lemang, lontong, kuan kacang, lodeh, rendang ayam, rendang daging, serunding dan segala bagai hidangan di atas meja.
Maka dengan muka sardin dan terkulat-kulat korang telan jugalah beberapa hidangan sebab nak ambil hati tuan rumah. Kesudahannya, korang balik rumah terus terpeleot sebab perut gendut. Lagi parah kalau zip & pin kain korang tak boleh nak tutup! H.A.R.U kalau jadi cenggitu.
Takmo cerita pasal makanlah! Harini Kak Ton nak sembang a.k.a ngumpat sikit pasal kes-kes Makeup Terlampau. Ngumpat Kak Ton ni BERSENI sikit, bukan kes-kes mengumpat yang biasa korang dengar.
Sebelum tu - Kak Ton nak gediks sikitla menayangkan gambar Kak Ton photoshoot semalam. KUDOS buat Jurufoto Kak Ton iaitu - Azlan Yaacob (FB) yang bersabar melayani karenah "ala diva" Kak Ton selama photoshooting berlangsung.
OK korang, kita kembali ke agenda MENGUMPAT SECARA BERHEMAH berkenaan aplikasi makeup yang terlampau.
Sure kita pernah jumpa wanita-wanita bergaya anggun tapi F.A.I.L mengaplikasi makeup dengan betul.
CONTOHNYA :
1) Pakai eyeshadow BEWARNA WARNI - Macam Funfair dah.
2) Lukis EYELINER macam AMY WINEHOUSE.
3) Lukis KENING ala-ala Garisan Pensil. PERCAYALAH - B.U.R.U.K - U olls!
4) BLUSHER @ PIPI MERAH - 1 km boleh nampak!
APLIKASI BLUSHER ALA-ALA KENA SEPAK.
5) LIPSTICK DENGAN KESAN LUKISAN BIBIR KONON-KONON S.E.X.Y.
Kak Ton dah senaraikan 05 KESALAHAN MAKEUP yang selalu dibuat. Kalau korang jumpa wanita-wanita yang makeup cenggini, korang rasa korang tegur tak? --- ha, ha, ha berani mati korang nak tegur! Tapikan, kalau korang tengok orang tu boleh makan saman, korang sound ler selow-selow secara berhemah.
MELARAM di Aidilfitri tu tak salah, yang salah bila aplikasi makeup tu boleh menyebabkan orang-orang lain jadi JUNAH JANAH (Maknanya jadi Kak Nam atapun dalam bahasa tulus ikhlas - PENGUMPAT TEGAR).
Semoga Korang-Korang mengambil iktibar sebelum start nak makeup ala-ala Kak Ton Di Aidilfitri!.
psssst, psssst - HAKIKAT yang nyata, Kak Ton tak bermakeup pun sebab Kak Ton ni suka natural beauty gitu.. (sebenarnya Kak Ton RELA jadi NYONYA MENEER sebab Mim Alif Lam Sim Kak Ton sangat bermaharajalela).
No comments:
Post a Comment