Tuesday, 13 August 2013

REMBAU MOST WANTED! SETELAH DIBUNTINGKAN, DIBIARKAN BERSALIN SENDIRIAN.

JANTAN DURJANA!

Semenjak TERSAMPUK dengan jiran rumah sebelah yang dok ralit menulis BLOG, tetiba ada jer isu-isu panas yang nak saya kongsikan dengan korang semua.

Seminggu sebelum menjelangnya Aidilfitri, saya ke Biaswarna Akademi kerana ada meeting dengan Editor & juga Assistant Editor dari Majalah Pesona Pengantin. Di sebabkan Biaswarna Akademi terletak di tingkat 03, maka saya pun melangkah dengan lenggang lenggoknya (yg sebenarnya tak larat sebab puasa).

Pagi Jumaat jam 10.00am ketika mendaki tangga yg hampir ke pintu Biaswarna Akademi itu saya terdengar bunyi BAYI menangis. Degupan jantung saya berdegup kencang. Langkah kaki saya percepatkan.

Dahla kawasan tangga tu gelap, saya cepat-cepat capai kunci dan buka pintu Biaswarna Akademi. Dengan segenap tenaga, saya angkat Roller Shutter yang berat & bunyi bising tu. Saya "petik" suis lampu dan............

Ya Allah, saya menjerit sebab terlihat darah yang banyak di kaki tangga. Nanar kejap saya tengok. SEDIH + GERAM + RASA NAK JOTOS JANTAN YANG TELAH MEMBUNTINGKAN ANAK DARA ORANG TAPI TAK BERTANGGUNGJAWAB!

Kesian betul Mama Kucing ni sedang meneran nak keluarkan babynya. (korang mesti rasa sakit hati kan sebab, ingatkan orang yang beranak).

Korang saksikanlah VIDEO ini untuk melihat kebenarannya.




Inilah akibatnya kalau kita suka sangat percaya pada TEMAN LELAKI ATAU JANTAN DURJANA! Masa "syok-syok" korangla konon-konon perempuan yang dia akan peluk sampai mati. Tapi bila korang dah BUNTING, pergi matila dengan korang. Dia akan cakap "hai-hai, bye-bye".

Sebenarnya korang, Kak Ton nak memberitahu betapa ramainya remaja perempuan mahupun wanita-wanita yang dahagakan kasih sayang sering terjebak dengan situasi MENGANDUNG TANPA NIKAH.

Sebagai seorang wanita yang telah melahirkan 04 orang zuriat, Kak Ton dapat menyelami kesedihan yang melanda mereka-mereka yang teraniaya ni (nak kata teraniaya pun tak boleh ek, sebab dorang ni RELA).

TAPI BERLAINAN DENGAN MAMA KUCING NI! - dah nama pun haiwan a.k.a binatang, sure la dia RELA DI BUNTINGKAN! 



Zaman sekarang ni Kak Ton risau giler bila banyak kes-kes seksual yang melibatkan sumbang mahram dan juga ahli keluarga.

Korang tahu tak, Di RUMAH PERLINDUNGAN REMAJA PEREMPUAN REMBAU, NEGERI SEMBILAN - remaja perempuan berumur 13 - 18 tahun ditempatkan disitu untuk melindungi mereka dari KEKEJAMAN DUNIA LUAR.

Antara kes-kes yang diterima untuk perlindungan adalah remaja yang dirogol oleh ayah kandung, ayah tiri, abang, abang sepupu, datuk, datuk saudara, pakcik, jiran dan kenalan ahli keluarga.

MASYARAKAT SEKITAR REMBAU - Tolonglah jangan labelkan anak-anak remaja ni sebagai orang yang bermasalah atau dengan bahasa yang indah - Korang SISIHKAN MEREKA sebab jijik dengan mereka.

20 TAHUN DAHULU - Rumah Perlindungan ini adalah Tempat Remaja Perempuan Rosak Akhlak. Tetapi semenjak 05 tahun lepas, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menjadikan Institusi ini sebagai Rumah Perlindungan Remaja Perempuan yang teraniaya.

KHAS UNTUK CIKGU-CIKGU SEKOLAH & MASYARAKAT SEKITAR REMBAU

- Pada anda yang rasa remaja perempuan ini yang pergi ke SEKOLAH 

MENENGAH menyebabkan anda rasa jijik dengan kehadiran mereka -

CUBA FIKIR SEJENAK - Jika ada ahli keluarga anda di nodai oleh ahli 

keluarganya sendiri, adakah anda akan bertindak sedemikian rupa?


Kak Ton beremosi bukan apa, setelah menyelami hati dan perasaan remaja yang berada di Rumah Perlindungan Remaja Perempuan Rembau, Negeri Sembilan - Kak Ton marah dengan sikap & mentaliti Masyarakat yang menyisihkan mereka secara "membabi buta".

Kak Ton berhenti kat sini dululah ya. Sebab lengan baju Kak Ton dah basah dengan hingus & airmata. Emosi ni..... Emosi sangat... (sambil taip, sambil makan rendang minang yang pedas giler!)

Assalamualaikum Korang - pssttt, pssttt... jangan lupa fikir-fikirkan isu yang Kak Ton tulis harini ya.

Lep U! 


No comments:

Post a Comment