Friday, 16 August 2013

CERPEN - ADA APA DENGAN CINTA (Bahagian 02)

 
Cinta, jika hadirmu hanya untuk menambah luka, pergilah..... kerna di saat ini, aku tidak gagah lagi untuk memeluk mu dalam dakapan jiwa ku yang semakin dirundung pilu."

Qistina melayani perasaan, bait-bait lagu yang berkumandang di radio menyiat-nyiat tangkai hatinya. Sewaktu dialam percintaan mereka, Malik sangat romantis tiap kali menyanyikan bait-bait lagu "KCI & Jojo - For All My Life" untuknya.

"Said I promised to never fall in love with a stranger
You’re all I’m thinking of I praise the Lord above
For sending me your love, I cherish every hug
I really Love You !!!"

Manik-manik kaca gugur sekian kalinya. Qistina tidak mampu lagi menahan kerinduan pada saat-saat indah antara dia dan Malik.

"Suami, tidak pernahkah kau tahu betapa rindunya aku kepadamu" Qistina berbisik di dalam hati dengan sedu sedan memandang ke pintu mengharapkan Malik akan muncul disitu.



Sudah 02 minggu Malik tidak pulang ke rumah. Seperti orang dungu, Qistina mempercayai Malik ditugaskan ke Johor Bahru kerana projek "fibre optic" antara usahasama Malaysia & Singapore dijalankan oleh pihak syarikat telekomunikasi gergasi Maxis Sdn Bhd.

Perut Qistina semakin membesar dan telah masuk bulan ke tujuh usia kandungannya. Perjalanan kehidupan Qistina dilaluinya dengan tenang tanpa makian, sepak terajang dari Malik sepanjang 02 minggu itu.

Kringgg.... kringgg... lamunan Qistina terhenti. Dia mencapai handphone dan terlihat "unknown number" tertera di skrin.

Sejurus Qistina menekan butang terima, dia terdengan suara perempuan dalam nada mengejek. "Hello, perempuan berbadan badak. Kau tahu tak kat mana suami kau sekarang ni".

Qistina tersentak, dengan gugup dia bertanya "Siapa ni? Suami saya takde di rumah sekarang sebab outstation".

"Perempuan, perempuan. Kenapalah kau ni bodoh sangat. Aku nak bagitau, tak lama lagi suami kau akan ceraikan kau. Dia kata kenaifan kau tu membuatkan kau macam perempuan kolot. Tak sesuai dengan gaya eksekutif & penampilan dia" kali ini suara perempuan di corong telefon itu semakin galak memperlekehkan Qistina.

Dengan airmata dan suara yang tersedu-sedu Qistina menjawab "Takpelah cik, saya doakan yang baik-baik untuk suami saya. Semoga Allah swt kurniakan rezeki yang baik untuk kami sekeluarga".

"Aku Sindora. Tak perlu nak ber"cik-cik" dengan aku. Lagi satu tak payah kau nak guna nama Allah bercakap dengan aku. Ni aku nak beritahu, dah 02 minggu aku dengan Malik di Hotel Puteri Pacific. Balik KL nanti kami akan berkahwin." lagak suara Sindora dengan suara yang biadap agak menjengkelkan hati Qistina.

Qistina menghitung hari, Malik menghubunginya beberapa hari lepas bertanyakan khabar Sofea. Malik malah memberitahu Qistina yang dia akan pulang pada hari Sabtu nanti. Qistina menyemak kalendar, "hari ni baru hari Rabu, lagi 03 hari Malik akan pulang".

Di pejabat, keadaan Qistina tidak mengizinkan untuk dia bergerak selincah dahulu kerana kandungannya semakin besar. Alhamdulillah di pejabat, Bos Qistina - En. Jazman sangat mengambil berat. Pernah Qistina datang ke pejabat dengan berwajah lebam di bibir akibat di pukul oleh Malik. Atas dasar kasihan, En Jazman mengarahkan Pakcik Ali (Drivernya) menghantar Qistina ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan surat cuti sakit supaya Qistina dapat berehat di rumah.

"Qis, awak muda lagi. Perjalanan hidup awak masih panjang. Sofea pun perlu tengok ibu dia dalam keadaan ceria. Jika bercerai mampu memberikan kehidupan sempurna buat awak, baik awak minta cerai dengan Malik dari awak terus terseksa macam ni" - pada suatu pagi En Jazman menasihati Qistina kerana dia tidak tahan lagi melihat keadaan Qistina yang sering menangis sendirian diwaktu "lunch" setiap kali semua pekerja keluar.

B.E.R.C.E.R.A.I - perkataan itulah yang paling Qistina takuti. Dia tidak mahu mengikut jejak langkah ayah & ibunya yang bercerai ketika dia berumur 04 tahun. Setelah beberapa lama menduda, ayahnya berkahwin lain. Akan tetapi Qistina terlalu kepingin mendambakan kasih sayang dari seorang ibu. Namun apakan daya, setelah ibu Qistina berkahwin lain, Qistina dan adik-adiknya 02 orang lelaki itu seperti tidak pernah wujud dalam hidup ibunya.




Sabtu tengahari Malik pulang kerumah. Dengan sebeban baju-baju kotor, dia campakkan ke tepi mesin basuh. Seperti kebiasaan, Qistina akan mencuci pakaian-pakaian tersebut.

Kepulangan Malik hari itu sangat luar biasa. Dari daun pintu, Malik memeluk erat Qistina sejurus Qistina bersalaman dan mencium tangannya. Qistina tergamam. Sofea seperti terkejut melihat reaksi ayahnya terus bertepuk tangan gembira dan memeluk Qistina dari arah belakang.

"Qis, berhenti dulu buat kerja di dapur. Abang nak cakap sikit dengan Qis" laung Malik dari sofa di ruang tamu.

Qistina mengatur langkah cepat-cepat menuju ruang tamu. "Ada apa bang?. Qis tengah masak lauk untuk abang makan tengahari."

"Duduk dulu, Abang nak bincang dengan Qis" pelawa Malik sambil memegang bahu Qistina menyuruh duduk di sampingnya.


JENG... JENG... JENG.... - Korang agaklah, apa yang Malik nak bagitau Qistina?, mungkin nak bagitau dia nak kahwin dengan Sindora kot?... 

T.U.N.G.G.U......


No comments:

Post a Comment