GINCU, Jom baca sejarah tentangnya!
TRIVIA :
1) CLEOPATRA, Ratu yang paling terkenal di Mesir, dahulunya menghancurkan kumbang merah dan semut untuk memberikan warna merah yang penuh semangat pada bibirnya. ( mak oiii... kesian kumbang & semut yang tak berdosa tu)
2) Lipstick mula terkenal pada abad ke-16. Ketika itu, RATU INGGERIS - ELIZABETH I & wanita-wanita bangsawan mewarnai bibir mereka dengan campuran cairan lilin dari sarang lebah dan sulphida merkuri merah.
FORMULASI PEMBUATAN LIPSTICK
Percaya atau tidak, formula untuk membuat GINCU bermula dengan penggunaan bahan-bahan seperti berikut : serbuk pigment, serangga yang dihancurkan, mentega, cairan lilin dari sarang lebah dan juga minyak zaitun. ** Ramuan terdahulu ini hanya bertahan beberapa jam sahaja dan selalunya menyebabkan rasa yang tidak enak & boleh membuatkan seseorang jatuh sakit akibat pemakaiannya.
Iklan Lipstick pada tahun 1940-an
Pada tahun 1927, Paul Baudercroux (merupakan Pakar Chemist di Perancis) telah mencipta FORMULA yang dinamakan "Rouge Baiser" iaitu Lipstik Pertama tidak luntur. Ironiknya, formula ini sangat keterlaluan ketahanannya dan telah di tarik balik penjualannya kerana sukar untuk di buang dari bibir setelah dipakai.
Helen Bishop (Pakar Chemist) pada tahun 1950-an telah mencipta satu versi Lipstick yang tahan luntut dan di gelar "No-Smear Lipstick" dan telah di jual di pasaran kosmetik dengan jayanya.
Pada tahun 1930-an, Max Factor telah mencipta "Lip Gloss" (Pengilat Bibir) untuk di guna pakai oleh Pelakon-Pelakon Filem. Di sebabkan keberkesannanya, tidak lama kemudian, Lip Gloss ini dijual di pasaran kosmetik untuk kegunaan ramai.
No comments:
Post a Comment