Wednesday, 27 April 2011

(Siri 2) MAKEUP ARTIST - SEKADAR P.O.Y.O ATAU TELAH LENGKAPKAH ILMU DI DADA?




Salam & Aloha pada semua "Makeup Lovers" yang mega-d-vast,


Yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, jadi melalui NOTA saya pada kali ini, kita akan berkongsi info & sedikit pengalaman saya mengenai pemakaian "Eyeshadow" dalam melengkapkan hasil tatarias wajah.


PENGGUNAAN "EYESHADOW" atau dalam Bahasa Melayu-nya dikenali dengan nama PEMBAYANG MATA


Seringkali "Tipah, tertipu" bila membeli eyeshadow yang dijual di kawasani Masjid India itu dikatakan M.A.C, LANCOME, DIOR - dikatakan oleh jurujualnya adalah EYESHADOW ORIGINAL TAPI STOCK REJECT!



Untuk info anda semua, jenama-jenama INTER-NA-SIO-NAL yang dinyatakan di atas sama sekali tidak akan ada stok reject untuk di jual di pasaran gelap. Jenama-jenama yang saya nyatakan itu HANYA boleh di beli di dalam kaunter-kaunter membeli belah seperti di KLCC, MID-VALLEY, SUNWAY PYRAMID dan beberapa shopping complex yang ternama dan juga kaunter-kaunter yang terdapat di AIRPORT.

Alang-alang nak membeli eyeshadow seperti itu, saya lebih galakkan anda membeli eyeshadow yang di anggap kurang standard oleh sesetengah "makeup ar-tish" iaitu eyeshadow dari jenama SARI AYU.

Tahukah anda sebenarnya eyeshadow dari jenama SARI AYU itu sebenarnya "blends well with" produk KRYOLAN?. Zaman dolu-dolu saya sedikit taksub dengan jenama M.A.C. Jadi koleksi eyeshadow saya kebanyakkannya adalah dari jenama tersebut.

Melalui kursus-kursus yang di anjurkan oleh saya, baru saya sedar bahawa kebanyakkan peserta kursus tidak mempunyai budget yang besar untuk memiliki set-set eyeshadow seperti mana penggunaan yang saya ada.



Sebagai alternatif, saya telah mencuba produk-produk yang mampu dibeli oleh semua peserta dan hasil yang saya dapati jenama SARI AYU mempunyai variasi warna yang cantik, menarik, tertarik & memang d bomb!. Samada anda percaya atau tidak, variasi warna dari jenama SARI AYU ini sangat bersesuaian dengan kita samada untuk penggunaan diri sendiri mahupun tatarias pengantin.


Ada juga produk dipasaran seperti GAMBAR EYESHADOW GOLD PURSE yang di tunjukkan di atas, mempunyai harga yang mampu di miliki dan mempunyai variasi warna yang lengkap tanpa kita perlu membeli eyeshadow berulang-ulang kali.


TAHUKAH ANDA, jangka hayat setiap produk make-up yang kita gunakan hanya mampu bertahan sehingga maksimum 18bulan - 24 bulan sahaja. Jadi sekiranya anda mempunyai produk makeup yang telah lama menghuni beg makeup anda melebihi jangka hayat tersebut (antaranya mungkin telah menjadi tukun & telah pun berkulat), sila-sila lah mengepos barangan itu ke tong sampah.

Ada diantara kita memandang remeh terhadap jangka hayat produk makeup, malah antara bait-bait syahdu yang saya selalu dengar "ala.. eyeshadow ni banyak lagi, walaupun dah 3 tahun still boleh pakai lagi, makeup pun still meletopz la..". FIKIRKAN KESAN yang akan terjadi terhadap mata anda, andaikata tumbuh ketumbit sahaja masih boleh di maafi.. tapi bayangkan jika kesan dari pemakaian eyeshadow Expired itu tadi menyebabkan mata anda di cambahi cendawan butang?.. haru bukan?




Terdapat beberapa JENIS "EYESHADOW" yang seringkali di gunakan dan perlu anda ketahui iaitu :-


1) JENIS COMPACT EYESHADOW

- jenis ini memang menjadi pilihan ramai. Pemakaian eyeshadow dari jenis ini boleh dilakukan menggunakan berus & jari. Untuk mendapatkan hasil yang cantik & sekata, gunakan "blending brush".

2) JENIS CREAM EYESHADOW

- jenis ini selalunya datang dengan "packing" dalam botol-botol kecil. Jenis ini juga boleh kita jadikan eyeshadow base untuk menaikkan lagi seri warna eyeshadow compact. 

- pemakaian cream eyeshadow ini sangat bagus dengan penggunaan sapuan jari.

- sebagai tip, anda boleh dapatkan Creame Eyeshadow dari jenama M.A.C iaitu Paint Pot bewarna "bare study" dan sapukan ianya sebagai eyeshadow base sebelum sapuan eyeshadow warna utama. Hasilnya memang sangat cantik!

3) JENIS PIGMENT

- pemakaian eyeshadow jenis ini perlu di lakukan dengan teliti. Ini kerana eyeshadow jenis PIGMENT biasanya adalah dari texture yang berdebu.

- sapuan menggunakan jari adalah lebih baik, kerana ini akan mengurangkan debi-debu halus jatuh ke bawah kelopak mata.

- pemakaian eyeshadow jenis pigment yang mempunyai effect shimmer (bergemerlapan) amat sesuai untuk di pakai ketika Majlis "Dinner", ataupun ketika sessi PERKAHWINAN DI MALAM HARI.

Apapun pilihan anda, jangan lupa "TEKNIK BLENDING" untuk mendapatkan hasil yang cantik & menarik!

Sekian dulu untuk kali ini.

Salam Ceria,
Mel Hatta
Principal of Biaswarna Makeup Academy

**yang buruk itu datangnya dari saya, yang indah itu adalah kurniaan yang MAHA ESA

No comments:

Post a Comment