Tuesday, 26 April 2011

(Siri 1) MAKEUP ARTIST - SEKADAR P.O.Y.O ATAU TELAH LENGKAPKAH ILMU DI DADA?



Salam & Aloha Mega-D-Vast buat semua..
(Especially untuk anak2 murid yang telah mengikuti kursus solekan dengan saya dari tahun 2007 sehingga kini 2010)


Terpanggil menulis Topik kali ini kerana saya sering di ajukan soalan-soalan Cepu Emas berkenaan dengan perbezaan produk makeup, kekeliruan hasil dari pelbagai teknik makeup yang di ajar oleh Guru-Guru Makeup, kemusyikilan yang timbul akibat dari campuran pelbagai produk makeup mahupun penggunaan produk yang banyak dalam satu masa ketika aktiviti aplikasi makeup di lakukan.

Hmmm... (keluhan seperti cik kiah yang sedang menggobek sireh sebelum memulakan mukaddimah)...


Siapa kata untuk menjadi seorang MAKEUP ARTIST, anda hanya perlu menjadi cantik dengan makeup yang 'vast' dan sekadar pandai menyolek orang/client/pengantin menjadi cantik sahaja... Itu Mungkin dulu.. yelaw.. zaman dulu Juru Solek dikenali sebagai MAK ANDAM.. kita dapat bayangkan betapa Vouge-nya MAK ANDAM yang berkebaya ketat, berlipstick Merah Cili & bergelang penuh ke siku dan bermulut Cik Jorah Junah Janah... kui kui kui.. akan tetapi zaman sekarang telah berubah.. Saya yakin "character" MAK ANDAM seperti itu tidak wujud didalam diri anda semua..

Makeup Artist bukan sekadar pandai menyolek akan tetapi perlulah mempunyai ILMU didalam dirinya sendiri. Ingin di ingatkan disini bahawa Ilmu juga sering di salah gunakan seperti menuntut ILMU KEBOMOHAN... Yelaw.. katakan uollz dapat client muka ala-ala Cik Kiah tapi nak suruh makeupkan mukanya seperti Lisa Surihani.. di sebabkan uollz ada Ilmu yang salah.. abis segala jampi serapah uollz buat asalkan si empunya badan nampak dirinya seperti Lisa Surihani.. kekadang yang dasat.. uollz buleh mentransformerkan muka client anda itu menjadi Megan Fox.. hu hu hu memang haru!

Kenapa saya kata ILMU begitu penting dalam diri seorang MAKEUP ARTIST?... Ilmu di perlukan untuk membantu anda mencapai satu tahap supaya hasil kreativiti anda di terjemah seiring kredibiliti anda sebagai Juru Solek yang berpengetahuan iaitu anda mampu untuk memberi penerangan berkenaan produk makeup yang di gunakan malah mampu untuk 'convince' client anda mengapa & kenapa warna & aplikasi makeup di hasilkan dapat memberikan impak yang bukan sekadar cantik tetapi juga sedap mata orang lain memandang.

Hari ini saya ingin berkongsi ILMU dengan anda semua sebagai mana info di bawah.. (mungkin Ilmu saya tidak sehebat MAKEUP ARTIST TERNAMA akan tetapi anda boleh menggunakan info ini sebagai rujukan bersama)

1. PRODUK
Selalu anda keliru tentang isu ini. PRODUK adalah JENAMA.. Contohnya : M.A.C, BOBBI BROWN, KRYOLAN, MAYBELLINE, REVLON, SARI AYU


2. FOUNDATION / BEDAK ASAS

Terdapat beberapa jenis Foundations di pasaran seperti
: Liquid (Cecair didalam botol seperti di M.A.C),
: Cream (seperti SUPRA KRYOLAN),
: Stick (KRYOLAN),
: 2 way Cake (Berbentuk seperti bedak padat dan perlu menggunakan sponge basah)
: powder (compact mahupun loose)


Ada beberapa student saya yang telah mengajukan kenapa Cikgu 'A' kata Liquid Foundation lebih cantik, tetapi Cikgu 'B' kata Cream Foundation adalah terbaik Malah Cikgu 'C' kata penggunaan 2 way Cake Foundation lebih bagus.. JADI MANA SATU YANG PERLU? Disinilah Ilmu yang sepatutnya kita gunakan..


SCENARIO - CUACA PANAS :: FOUNDATION - JENIS STICK

Rata-rata perkahwinan Orang Melayu (secara AMnya) sangat romantik kerana dilimpahi sinaran panas mentari yang terik ketika sessi berarak dilakukan.. CUACA PANAS AKAN MENYEBABKAN PENGANTIN BERPELUH. Didalam senario ini saya sarankan anda menggunakan Foundation Jenis Stick (Kryolan) kerana ketahanan & keupayaan Foundation Jenis (yang berasaskan lilin atau omputihnya 'wax') ini menjadikan aplikasi makeup nampak lebih smooth.


SCENARIO - DALAM DEWAN :: FOUNDATION - JENIS LIQIUD / CREAM

Jika kulit muka client anda cantik dan tidak bernoda berat (spt jerawat batu atau kesan luka yang dalam) penggunaan Foundation Jenis Liquid atau Cream di gunakan.. Perlu di ketahui suasana di dalam dewan selalunya terhindar dari kepanasan melainkan dewan tersebut atap bumbungnya hilang diterbangkan angin.. Penggunaan Liquid Jenis ini biasanya tidak lasak. Maka Juru Solek haruslah senantiasa memerhatikan muka client anda (khusus untuk Pengantin sahaja) untuk aktiviti "Touch-Up"


SCENARIO - DALAM OFFICE / DEWAN HOTEL :: FOUNDATION - JENIS 2 WAY CAKE

Menggunakan Foundation Jenis ini amat cepat, mudah & efficient sekiranya anda mengaplikasi tatarias pada diri sendiri. Jenis ini biasanya manja dan ketahanannya berlanjutan jika di gunakan dalam suasana dingin kering.. ataupun bahasa omputihnya di dalam kawasan "aircond". Jenis ini adalah gabungan foundation & bedat padat. Anda perlu memiliki satu dari jenis ini jika memerlukan anda untuk "touch-up" sekiranya memerlukan makeup ezpress diri sendiri ketika menghadiri majlis.


FOUNDATION - JENIS POWDER ATAUPUN COMPACT

Sekiranya berkesempatan singgah ke kaunter M.A.C (Mid Valley, KLCC, SUNWAY PYRAMID) anda boleh mendapatkan salah satu dari Foundation Jenis ini di kenali sebagai "BRONZER" - bukan bonzer.. Penggunaan foundation jenis ini selalunya dilakukan ketika aktiviti "touch-up" especially ketika mengaplikasi kembali Shading yang semakin kelam.

Di harapkan anda semua mendapat ILMU yang dikongsi bersama saya hari ini.. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan ke ruangan Cik Sri Siantan di ruang akan datang..


Sehingga bertemu lagi.. marilah kita sama-sama ME'MEGA-D-VAST' kan diri.. ;) *wink



Salam Ceria,
Mel Hatta
**Yang buruk itu datangnya dari saya, yang indah itu adalah kurniaan YANG MAHA ESA**

No comments:

Post a Comment